Friday 5 August 2011

Rindu

Assalamualaikum,

Rindu adalah kita teringat seseorang yang kita sayang ataupun seseorang kita rapat yang sudah lama kita tidak  bertemu atau berhubung..Rindu juga dalam diam kita rindu kepada orang itu tanpa orang lain tahu..Malah juga memberi kita rasa tidak tentu arah..Tetapi itu terlampau rindu sangat..hehe..
Tetapi kekadang kita tidak percaya kalau orang itu rindu dekat kita..Sekurang2nya ada juga orang rindu dekat kita daripada tidak ada..Betul x?    

Kalau korang gaduh dekat seseorang tidak kira kekasih atau sahabat, satu hari itu tiba2 korang rasa sesuatu tidak seperti dulu..Itu bermaksud korang rindu dekat dia..Kalau macam itu jangan simpan rindu itu lama2..Takut satu hari nanti orang itu tidak ada di muka bumi lagi..Kita tidak harapkan macam itu..Itu semua terletak ditangan Allah SWT..Tetapi sambil korang sampaikan rindu itu, bermaaf maafan antara satu sama lain..Kalau korang jenis yang nak orang yang kita gaduh itu tahu yang kita ini merajuk..Dalam merajuk itu korang rindu dekat dia..Harap jangan berpanjangan merajuk itu walaupun kita ini asyik menyerah kalah sahaja tetapi bagus lah macam itu sebab kita sesama manusia yang mempunyai hati yang lembut tidak kira perempuan mahupun lelaki..Jadi sampaikan rindu anda kepada sesiapa yang anda rindukan sebelum terlambat..

p/s :  Ya Allah, sampaikan rinduku padanya sehingga aku menjadi kerinduannya. ^_^-

No comments: