Saturday, 6 August 2011

Puasa,puasa,puasalah.

Salam Ramadhan.


Alhamdullilah dah nak dekat seminggu kita berpuasakan kawan-kawan.


Kalau bulan puasa macam-macam alasan yang kita dengar kalau taknak berpuasa kan?
Haih,apa nak jadi ni. Dah besar panjang tapi tak reti-reti nak menunaikan tanggungjawab dalam rukun Islam yang ketiga. 


Bukan apa,MiMas macam  kurang suka melihat golongan-golongan yang tak berpuasa tanpa bersebab. Kalau tak sihat atau tak berupaya tak pun tiada harapan yang sembuh takpelah. Ni tak dah akil baligh pun tak nak puasa. Apa nak jadi ni? Malulah sikit,budak yang umurnya 4 tahun pun dah excited sangat nak berpuasa. Kalau tak rasa malu dekat mereka,malulah pada Allah . MiMas bukan  nak judge dekat sesiapa,MiMas pun tak sempurna juga,tapi MiMas sedaya upaya untuk menyempurnakan diri MiMas untuk mendekatkan diri pada Allah. Amin. 


Teringat time sekolah dulu-dulu,ada beberapa kawan MiMas suka sangat tak berpuasa. Entah kenapa,MiMas pun tak faham dengan dorang tu. Bila MiMas tanya alasan dorang lupa nak niat lah, tak sahur lah pagi tadi,periodlah  ah macam-macam. Tapi taklah tiap-tiap hari. Peliks!Pastu suruh budak bukan Islam beli makanan. Kadang-kadang tu,selamba dek pi kantin makan kat sana. Ya Allah. Kalau MiMas malu tau, tak malu ke dekat abang-abang yang meniaga kat situ ? Tak pun malulah dengan orang yang lalu lalang dekat kantin. Malulah pada diri sendiri . Ish.


Kepada kawan-kawan diluar sana,bulan puasa ni la mengajar kita macam-macam. Macam-macam kita boleh dapat . Pahala pun dapat,berat badan pun turun jugak. Dapat melatih diri kita supaya lebih bersabar,menahan marah dan melawan nafsu. Ni kalau MiMas senaraikan lagi tak terkira banyaknya kalau kita berpuasa.


Haa,lupa nak cakap MiMas tersangatlah salute dekat lecture BEL 260 yang pernah berpuasa walaupun beliau bukan Islam. Cayalah! Hebatkan? 


Okay tu je.


Esok puasa tau . Hihi.
~lagu raya mula kedengaran tak sabar nak balik. ^.^v






MiMas.

2 comments:

kaizen said...

doakn jer mereka2 tu diberi hidayah untuk berubah...

latest entry Apa Yang BLOGGER PERLU ADA?? [PART 2] & Urban : Camera Paling CANGGIH

belogkayangan said...

orang bukan islam pun tau mcm mane nak kaver makan depan org yg puasa.. malu je.. adoi.