Wednesday 24 August 2011

al kisah 2 peristiwa dalam 1 malam

salam kami hulur kan pembuka bicara
ya, hari ni aku memulakan langkah mencoret sebuah peristiwa untuk tatapan semua
kisah peristiwa dalam 1 malam
kisah kami si pelajar uitm

ramadhan ke 24 menjadi saksi peristiwa malam ini
kami JIM1102A berbuka bersama di rumah sahabat bernama Abd Rahim
walau tidak semua sertai tapi cukup menggembirakan
ucapan jutaan terima kasih kami sampaikan
mak cik, pak cik serta semua adik-beradik Aiem
buat ikatan mengeratkan ukhwah
kami mengimbau kembali kenangan di waktu persekolahan
dengan membakar dan bermain mercun
oh Tuhan ,indah nya malam ini
menggamit 1001 kenangan dan harapan
semoga tali persaudaraan serta keakraban sebagai sahabat
berkekalan hingga masa terhenti, kawan

pulangnya kami ke kampus menjadi satu lagi peristiwa
dimana perikemanusiaan menjadi taruhan
kisah bersangkut taut dengan Aisyah, ya Aisyah
dia seorang manusia yang punyai hati dan perasaan
jangan dinilai melalui luaran
kerana itu tidak membuktikan apa apa
walaupun tak berkata tapi aku tahu apa yang dirasa
tabah lah kawan !

kamu wahai orang tua,
mana rasa hormat dan tanggungjawab kamu?
mana letaknya agama kamu
sehingga sanggup kamu mengaibkan seseorang
sedangkan kita tidak patut sama sekali menjatuhkan maruah dan harga diri orang

ya kami khilaf.
tapi apa salahnya kamu beri kami sedikit penghormatan serta budi bicara
untuk dia !ya dia Aisyah menjelaskan keadaan sebenar
kamu hanya mengerti untuk menempelak serta meludah kata kata
yang tentunya sesiapa pun akan terguris
ini lah natijah apabila diri gagal mengawal nafsu
nafsu kemarahan dan kebencian

tak sedar kah kamu wahai orang tua?
bahawa kamu juga punyai anak seperti kami ?
apa anak mu lakukan, sedang kamu asyik mencari salah anak orang lain ?
jangan orang tua, kelak apa yang kau hamburkan
melekat kembali menempiaskan akibatnya pada diri kamu

namun, terima kasih insan yang punyai rasa untuk ditimbang
memahami situasi kami
mencari sesuatu untuk berdamai
memberi hak kami
ketahuilah kami amat menghargainya

dan tidak juga kami lupa
kepada sahabat susah senang
suka duka , JIM1102A
penantian kalian amat bermakna
tak terhingga terima kasih dari kami
kalian lah yang menguatkan lagi semangat ini
untuk meneruskan liku liku duri
dalam arena ini

akhir kalam
sekadar berkongsi pengalaman
slah dan silap
mnguris hati dan perasaan sesetengah pihak
ampun dan maaf kami hulurkan

diselitkan juga SALAM AIDILFITRI

dari kami MEKDOTA :)                               
                                    
                                                            shazwanamalek

Friday 12 August 2011

12082011

Salam semua yang hot dan meletop.


Hari ni hari Jumaat. Today is Friday. Hari penghulu segala hari. Hari ni hari special. Special kenapa? Entah entah taktau lah. Hehe. Hari ni hari ada budak nangis. Eeeii tak malu dah 
besar-besar duk teriak lagi. Awat hang teriakkk? Cheq pelik. Kami semua pelik. Kami tak buat apa-apa pun. Tak buli pun. Apatah lagi nak pukul. Ish tu bukan kami. Alolo nak manjewwww lettewww. Gedik lah kau noksssss!!


Oppss sorry kepada mangsa keadaan yang tak disengajakan. Sorry ye awak. Kami saja je buat cenggini. Konon surprise le. Tapi tak surprise pun kan. Kantoiiii. 


Okay dah melalut macam apa je kan.Sebenarnya,hari ni dalam kelas ada dua orang manusia yang telah lahir pada harini tapi berlainan tahun dan masanya.


Mangsa hari jadi ini adalah Sanarus dan Along. Wahh dah tua kamu semua. Yeay! Selamat hari lahir ya! Walaupun kami semua sambut 30 minit awal ea. Maaf maaf maaf. 



2 orang mangsa keadaan kena potong kek. Kesian.


Kek yang lazat buatan kami kedai la.


terharu letteww teriak bebagai.Macam dapat Anugerah Bintang Popular pulak. 



Muka Along cun melecun kalah retisssss.

Apa apa pun Selamat Hari Jadi ea. Moga ditambahkan rezeki dan panjang umur. Apalagi cepat lah kahwin. Tak sabar nak makan nasi kaler-kaler. Hehe.
Muahmuah dari kamimekdota.

Tuesday 9 August 2011

Ni sengal-ing.

Salam the hotsetap and minahsetapp.


Ni sekadar gurauan selingan di tengah hari yang panas-panas gitu auww auwww.






SEBELUM COUPLE :Message ringkas al-kisah pasangan bercouple..




L: ye! abg dah lame tnggu saat nie!
P: abg nk tngglkn syg ke?
L: mestilah tak? tolong jgn fkir mcm tu. xmngkin trjadi!
P: abg cntakan sayangkan?
L: ye,tiap hari.
P: abg prnh tipu syg tak?
L: Tak! nape syg selalu tnye cm2?
P: abg akn selalu kluar dengan syg tak?
L: setiap kali ada peluang abg tak kan lepaskan.
P: abg akn pkul syg?
L: giler ke?abg bukan lelaki camtu!
P: bleh ke syg percayakn abg?
L: yaa!
P: syg!

SELEPAS COUPLE:
baca dari bawah hingga atas..








Okay bye darl!!


MiMas in action right now. Huahuahua.

Saturday 6 August 2011

Puasa,puasa,puasalah.

Salam Ramadhan.


Alhamdullilah dah nak dekat seminggu kita berpuasakan kawan-kawan.


Kalau bulan puasa macam-macam alasan yang kita dengar kalau taknak berpuasa kan?
Haih,apa nak jadi ni. Dah besar panjang tapi tak reti-reti nak menunaikan tanggungjawab dalam rukun Islam yang ketiga. 


Bukan apa,MiMas macam  kurang suka melihat golongan-golongan yang tak berpuasa tanpa bersebab. Kalau tak sihat atau tak berupaya tak pun tiada harapan yang sembuh takpelah. Ni tak dah akil baligh pun tak nak puasa. Apa nak jadi ni? Malulah sikit,budak yang umurnya 4 tahun pun dah excited sangat nak berpuasa. Kalau tak rasa malu dekat mereka,malulah pada Allah . MiMas bukan  nak judge dekat sesiapa,MiMas pun tak sempurna juga,tapi MiMas sedaya upaya untuk menyempurnakan diri MiMas untuk mendekatkan diri pada Allah. Amin. 


Teringat time sekolah dulu-dulu,ada beberapa kawan MiMas suka sangat tak berpuasa. Entah kenapa,MiMas pun tak faham dengan dorang tu. Bila MiMas tanya alasan dorang lupa nak niat lah, tak sahur lah pagi tadi,periodlah  ah macam-macam. Tapi taklah tiap-tiap hari. Peliks!Pastu suruh budak bukan Islam beli makanan. Kadang-kadang tu,selamba dek pi kantin makan kat sana. Ya Allah. Kalau MiMas malu tau, tak malu ke dekat abang-abang yang meniaga kat situ ? Tak pun malulah dengan orang yang lalu lalang dekat kantin. Malulah pada diri sendiri . Ish.


Kepada kawan-kawan diluar sana,bulan puasa ni la mengajar kita macam-macam. Macam-macam kita boleh dapat . Pahala pun dapat,berat badan pun turun jugak. Dapat melatih diri kita supaya lebih bersabar,menahan marah dan melawan nafsu. Ni kalau MiMas senaraikan lagi tak terkira banyaknya kalau kita berpuasa.


Haa,lupa nak cakap MiMas tersangatlah salute dekat lecture BEL 260 yang pernah berpuasa walaupun beliau bukan Islam. Cayalah! Hebatkan? 


Okay tu je.


Esok puasa tau . Hihi.
~lagu raya mula kedengaran tak sabar nak balik. ^.^v






MiMas.

Friday 5 August 2011

Rindu

Assalamualaikum,

Rindu adalah kita teringat seseorang yang kita sayang ataupun seseorang kita rapat yang sudah lama kita tidak  bertemu atau berhubung..Rindu juga dalam diam kita rindu kepada orang itu tanpa orang lain tahu..Malah juga memberi kita rasa tidak tentu arah..Tetapi itu terlampau rindu sangat..hehe..
Tetapi kekadang kita tidak percaya kalau orang itu rindu dekat kita..Sekurang2nya ada juga orang rindu dekat kita daripada tidak ada..Betul x?    

Kalau korang gaduh dekat seseorang tidak kira kekasih atau sahabat, satu hari itu tiba2 korang rasa sesuatu tidak seperti dulu..Itu bermaksud korang rindu dekat dia..Kalau macam itu jangan simpan rindu itu lama2..Takut satu hari nanti orang itu tidak ada di muka bumi lagi..Kita tidak harapkan macam itu..Itu semua terletak ditangan Allah SWT..Tetapi sambil korang sampaikan rindu itu, bermaaf maafan antara satu sama lain..Kalau korang jenis yang nak orang yang kita gaduh itu tahu yang kita ini merajuk..Dalam merajuk itu korang rindu dekat dia..Harap jangan berpanjangan merajuk itu walaupun kita ini asyik menyerah kalah sahaja tetapi bagus lah macam itu sebab kita sesama manusia yang mempunyai hati yang lembut tidak kira perempuan mahupun lelaki..Jadi sampaikan rindu anda kepada sesiapa yang anda rindukan sebelum terlambat..

p/s :  Ya Allah, sampaikan rinduku padanya sehingga aku menjadi kerinduannya. ^_^-

ape terjadi jika senyum tanpa gigi.

assalamualaikum,





Tujuan saya meletak gambar2 kawan saya ini untuk menyatakan betapa senyum kami ini sungguh bermakna untuk semua orang..lagipun semua orang dah tahu senyum itu adalah indah..senyum juga memberi berkat kepada kita..kekadang kita dalam kesedihan tiba2 kita melihat ada orang yang kita kenal senyum kepada kita, hati kita dalam kesedihan itu menjadi gembira..jadi saya ingin menyampaikan kepada semua..senyum selalu..

Monday 1 August 2011

1st puasa

assalamualaikum gorjeses!

pertama puasa, telinga dah sakit *nak suruh korek la tew, saje nak batalkan puasa kite*

pagi pagi lagi dapat mesej dari mimas

mimas : nanti kita pi beli makan pukul 12 tau tau.. haha
sanarus : kita beli kat unimart la nak?
mimas : haha, unimart takde benda nak dimakan. eh nanti kita beli makanan sesama tau.
(konon konon lupa puasa hari ni) sengel!


selamat menjalani ibadah puasa semua orang! berbuka nanti biar lah berpada pada, jangan tamak sangat.
syaitan dah diikat, jangan kita pulak yang gantikan kerja syaitan nanti.. jujurlah pada diri kamu.

wassalam

the gorjes one, 
sanarus :D

selamat menyambut ramadhan almubarak

ini buat kali pertama kamimekdota berpuasa di uitm segamat.. harap kami dapat menghabiskan puasa selama 26 hari dekat uitm.. kenapa 26 hari? lagi empat hari kami berbuka dekat rumah masing-masing.. hehe..

semoga ramadhan kali ini lebih bermakna untuk kita semua..

p/s : jangan lupa solat terawih..

yang benar,
ekun @ rapukin