Saturday 24 December 2011

Cuti should be fun! but not for me!

Assignments hold on! :D
Salam bloggers.

Ni kisah cuti yang tidak memberikan ruang untuk aku dan kawan-kawan untuk bergembira.Ini tidak adil,ini tidak adil kata Yuna.Memang tak adil.Tak adil. Kenapa adanya assignment yang perlu berhempas pulas,perah otak yang tak boleh diperah.Seriously,aku rasa semester ni paling paling mencabar aku rasa setakat ini lah.Hopefully aku semester ini berjaya struggle dengan jayanya,pointer naik,amin amin ya rabbal alamin.

Oh ya ni untuk kawan-kawan kelas yang mungkin agak kepeningan lalat-lalat taktau assignment apa yang perlu submit lepas mid term break ni.


IMD 202 : Promotion of Information Products and Services


IMD 206 :Instructional Media Application.


lagi satu yang suruh define and identify -Grouping
  • Education
  • Technology
  • Education Technology
  • Instruction
  • Instructional Technology
  • Differentiate between education and instructional technology
  • Mission of instructional technology
  • Instructional development
  • Learning 
IMD 208:Introduction to web content management and design

-Siapkan banner,background,table,link
-Baca notes maybe ada quiz after mid term break ni

CTU 264
  • For those yang tak buat slide dengan report lagi
BEL 311
  • Outline must do.Finish up the introduction. 
 
Bye semuaaaa.Semoga berjaya menyiapkan assignments ya!Rindu mereka semuaaa~~



Lots of love,
MiMas

Thursday 15 December 2011

Kami pelajar beraneka

hai baby baby sekalian..



kamimekdota dengan bangga nya mengatakan "kami suka akan course yang kami ambil DIPLOMA PENGURUSAN MAKLUMAT"

seriyes macam tak percaya. ingat kan course ni last last akan jadi librarian, record manager atau programmer je. rupenye tanggapan kami salah! ulang sekali lagi. salah!

kami masuk part 3 telah merasa seperti sedang belajar semua course. antaranya :

  • course Computer Science - kami belajar coding, animation dan flash
  • course Business - kami belajar promotion dan marketing
  • course Art and Design - kami belajar melukis kartun (storyboard)
  • course yang ade math - kami akan belajar time part 5 nanti (keusahawanan)
see! banyak kan yang kami belajar. dengan secara tak sengaja nya kami telah mempelajari pelbagai course dalan 1 course.. pergh! kami bangga menjadi pelajar DIIM :)

ok lah, doakan kami berjaya dalam setiap sem ok! tengkiu u'olls..

bai kawan kawan :D

sebar cinta,
Sanarus :D

Saturday 10 December 2011

Manusia yang ditinggalkan

Salam semua.

Muzik sunyi berkumandang,
seakan tahu apa isi hatiku
sepi sepi,
dimana mereka?
cepatlah pulang sayang.
dekat sama aku
aku rindu.


-credit to Nushamal,Sanarus,Ekun & Syahas


by,
MiMas.

Thursday 8 December 2011

gua sayang lu beb!!

Ya Allah ya tuhanku berkatilah orang yang saya sayang dan orang yang sayang saya dari ayat mimas.. saya copy dan paste.. jangan mara.. hehe


saya harap beliau jumpa jodoh dia.. hehe.. dan saya sebagai kawan dia, saya sayang bro.. :D


sekarang ini mimas tengah pening buat pilihan.. sama-sama doa dekat beliau.. harap buat keputusan yang betul..

p/s : jangan pening mimas :)

Friday 2 December 2011

diberi pilihan

Salam semua.

mood kerberadaan di bilik internet,Perpustakaan UiTM Segamat
tugas:mencari artikel bahasa Inggeris,kononnya tapi kerja lain yang dibuatnya.Itu biasa.

Kita sering diberi pilihan bukan?
seperti aku,aku punya empat pilihan biar aku terang kasi lebar dulu,yang pertama Nushamal ajak pulang ke rumahnya,kedua Syahas pula menghasut aku ke rumahnya juga dan ketiga Sanarus ingin mengajak aku berlibur di Melaka pula ataupun aku harus stay dalam bilik menghadap laptop dan berbaringan di katil yang empuk selama dua hari.

Ah buntu dan terus membuntu.Keliru dan kusut.

dah,aku dah start mengantuk dalam bilik internet ini,baik aku lari ke cafe untung-untung boleh mencekik roti canai cicah dengan kuah kari yang tak macam kari tu,kehkeh

bye dan aku masih buntu lagi nak ikut siapa.pilihan yang terlampau bagus dan buat aku riang dan tak terfaktab dalam kampus ini.

mimas yang sengal.syahas yang gila duit.nushamal yang mabuk bercinta.

Tuesday 8 November 2011

Mereka dihati saya

Salam semua.


Mereka gadis semasa aku.Mereka gadis manja aku.Mereka gadis lawa aku.Mereka gadis cantik aku.Mereka gadis susah senang aku.Mereka gadis yang satu kepala dengan aku.Mereka ada dalam hati aku.Berapa banyak mereka daaa.

Pertama kali kenal di kelas hari pertama semester 1,sorang tu kenal masa minggu orientasi,lagi berempat kenal di kelas. Tak sangka kita akan menjadi kawan. Seorang berasal dari Johor Bahru,sorang Negeri Sembilan,sorang lain Selangor dan Kuala Lumpur. Walau berbeza negeri kami peduli apa. Lain-lain negeri buat kami lebih kuat untuk meneruskan persahabatan gegirl kami.

Aku pun tak ingat bila kitaorang menjadi begitu akrab,tarikhnya pun tak ingat.Tapi yakni persahabatan kami akan bakal menjelang setahun.Terasa baru je kenal dorang ni.Pertama keluar bersama-sama pergi bandar membeli barang.Tangkap gambar di tepi kedai Mc Dota sebab kedai tu unik bagi kitaorang yang first time menjejak kaki ke bandar Segamat. Aku rasa time tu kot kitaorang menjadi rapat dan menggila sesama.

Kitaorang gila berphoto,kitaorang gila karaoke,kitaorang gila travel tapi Malaysia je,hihi.Kitaorang suka berangan-angan,kalau berangan tu luar batasan tapi aku yang selalu yang kalau bab berangan paling gila dari dorang.

Aku sayang dorang,dorang faham aku,dengan dorang tempat aku ngadu,dengan doranglah aku menangis depan depa,dengan dorang aku gembira.Seriously aku rindu korang,tak sabar nak jumpa korang.Kenapa kita semua duk jauh-jauh?Buat Nushamal hati-hati ya di Sarawak tu.Jangan lupa ole-ole ya sayang!

Moga persahabatan kita kekal sampai bila-bila.Eheem sapa diantara kami yang akan berkahwin?Pertanyaan disitu,wa bet mesti Sanarus tak pun Nushamal,kehkehkeh.Lepchu guys!



Jangan rampas depa,hehe.

Lots of love,
MiMas yang kuat cengeng

Sunday 30 October 2011

Long time no see

Hai semua :)

Dah lama kami mekdota tak isi apa apa dalam blog ni kan? sebenarnya kami sangat busy dengan aktiviti harian kami dan juga blog kami sendiri.

Maaf, jika anda rindukan entry dari blog ini. ye kami tahu, ini ayat perasan. tapi kami dapat rasa itu.
hehe.


Insya Allah, jika ada masa lapang. kami akan cuba penuhkan entry di dalam blog kamimekdota ini.
sekian.

sebar cinta,
Sanarus :D

Saturday 24 September 2011

Fenomena 'Untunglaaaa'

Salam bloggers,


Hai its me MiMas si robot comel datang update kat sini,teehhee






MiMas first-first dengar dekat kampus last sem,pi makan kat blok I dulu-dulu semua duk cakap Untunglahhh,ada orang sayaaangg~ Dengar sekali-sekala takpe ni tak seharian duk cakap Untunglah! Boleh naik muak seyh,tapi MiMas kekadang guna jugak, Hehe. Bak kata pepatah,paku dulang,paku serpih,cakap orang dia yang lebih. Tehheee.


Tapi kadang-kadang MiMas jahat suka tukar ayat macam ni - tak pernah rugi,Profitlah kau yelah bosan dengar ayat yang sama. -,-


konklusinya,cer tukaq ayat lain dah boring dah,teheeee


Okay fine.


Oh ya lupa nak bagitau,KAMIMEKDOTA sekarang dalam mood exam ni,doakan kami berjaya ea kawan-kawan :) Amin ,Doakan kami dapat dean list ea :)


Bye semuaaaa:)


penat mencari idea,
si MiMas yang comel 

Saturday 17 September 2011

Kami JIM 1102A bukan wordless wednesday

Hai semua.

lama MiMas tak selongkar blog ni ea,aloalo jangan merajuk sayanggg.

bak kata SANARUS,hari ini bukan wordless wednesday tapi wordless friday.Layankan saja perangai kami.

kami akrab bersama.

potrait family mekdota.


Portait kami JIM 1102A,walaupun bilangannya tak mencukupi.

Okay bye semuaa. Dari MiMas dan suami Johnny Depp :P

Thursday 15 September 2011

hari ini banyak entry gambar :)
rasanya hari ni bukan wordless wednesday kan?
gasak lah.. haha


kami memang suka bergambar dengan cermin ;)

batlady?? *should be batman.

berjalan sakan di CS jb :)
ok! enough for today.. hehe daa~




Bila kamimekdota mula berzapin....

nite all ;)


  bersama ahli menari zapin yang lain

*bersiap sedia untuk menari di karisma nanti! :D

entry lagi..

sanarus : cepatlah kin, tulis lah lagi kat blog ni..
rapukin : MALAS!
sanarus : ala tulis jela..
rapukin : MALAS!
sanarus : hm.. =.='

(last last sanarus yang tulis )


sabar jela~

rindu!

salam all :)


rapukin



syahas


mimas


nushamal



sanarus

Terlalu rindukan semua!
bila lagi kita dapat bersama?
hangout dan menghabiskan masa di merata tempat

*final exam, semua salah kau! kau yang buat kami tidak bersatu.


yang merindu,
sanarus

Futsal punya pasal :(

al-kisah wanita jelita rapukin,

kami mekdota mempunyai seorang wakil karisma tahun ini yang bakal diadakan di UiTM Segamat.
di UiTM kami menetap untuk menuntut ilmu.

oleh kerana terlalu excited untuk berlatih, rapukin telah tercedera di lutut lalu rapukin menyalahkan kasutnya yang licin.


segala minyak sudah sapu, tapi masih belum pulih juga

diharapkan rapukin dapat menjadikan UiTM Segamat ini juara dalam karisma tahun ini.. amin :)

gambar sewaktu beraya di rumah atok

masih sempat lagi rapukin untuk mmengucapkan
SELAMAT HARI RAYA KEPADA SEMUA PEMBACA!

*jangan lupa buat puasa 6 ye..syawal masih ada ni..hehe

futsal gamer for karisma,
rapukin sweet :)

Exam time!

To all gorgeous friends



sekarang kami tengah berusaha untuk mencapai cita cita kami yang kedua di semester ini
doakan kami berjaya!
yang paling penting mendapat 4flat
AMIN.... :)

dan kepada kawan kawan kami yang lain juga..
harapnya semua berada dalam keadaan yang baiklah ye.
baca buku tu jangan sampai jadi giler pulak ye..hehe.

ok daa~

candidate of final exam,
sanarus

Monday 5 September 2011

Aku terima nikahnya

Salam kawan-kawan semua.






Terjumpa di facebook lalu share pada orang ramai.






“Aku terima nikahnya dgn si dia binti si ayah dia dengan mas kahwinnya RM..”

Itu yang tersurat. Apa pula maksud tersiratnya? Ini dia,

“Aku tanggung dosa-dosa si dia dari ibu bapanya, apa saja dosa yang dia buat, aku tanggung dan bkn lg ibu bapanya tanggung, & aku tanggung dosa bakal anak-anak aku. Kalau gagal, maka aku fasik, dayus & aku rela masuk neraka dan malaikat Malik melibas aku hingga pecah badan aku..”


Lelaki dan wanita, sama-sama kita perbaiki diri ini.


fuh berat juga bebanan semasa melayari bahtera perkhawinan.






#terpikir-pikir siapa jodoh kami?







Wednesday 24 August 2011

al kisah 2 peristiwa dalam 1 malam

salam kami hulur kan pembuka bicara
ya, hari ni aku memulakan langkah mencoret sebuah peristiwa untuk tatapan semua
kisah peristiwa dalam 1 malam
kisah kami si pelajar uitm

ramadhan ke 24 menjadi saksi peristiwa malam ini
kami JIM1102A berbuka bersama di rumah sahabat bernama Abd Rahim
walau tidak semua sertai tapi cukup menggembirakan
ucapan jutaan terima kasih kami sampaikan
mak cik, pak cik serta semua adik-beradik Aiem
buat ikatan mengeratkan ukhwah
kami mengimbau kembali kenangan di waktu persekolahan
dengan membakar dan bermain mercun
oh Tuhan ,indah nya malam ini
menggamit 1001 kenangan dan harapan
semoga tali persaudaraan serta keakraban sebagai sahabat
berkekalan hingga masa terhenti, kawan

pulangnya kami ke kampus menjadi satu lagi peristiwa
dimana perikemanusiaan menjadi taruhan
kisah bersangkut taut dengan Aisyah, ya Aisyah
dia seorang manusia yang punyai hati dan perasaan
jangan dinilai melalui luaran
kerana itu tidak membuktikan apa apa
walaupun tak berkata tapi aku tahu apa yang dirasa
tabah lah kawan !

kamu wahai orang tua,
mana rasa hormat dan tanggungjawab kamu?
mana letaknya agama kamu
sehingga sanggup kamu mengaibkan seseorang
sedangkan kita tidak patut sama sekali menjatuhkan maruah dan harga diri orang

ya kami khilaf.
tapi apa salahnya kamu beri kami sedikit penghormatan serta budi bicara
untuk dia !ya dia Aisyah menjelaskan keadaan sebenar
kamu hanya mengerti untuk menempelak serta meludah kata kata
yang tentunya sesiapa pun akan terguris
ini lah natijah apabila diri gagal mengawal nafsu
nafsu kemarahan dan kebencian

tak sedar kah kamu wahai orang tua?
bahawa kamu juga punyai anak seperti kami ?
apa anak mu lakukan, sedang kamu asyik mencari salah anak orang lain ?
jangan orang tua, kelak apa yang kau hamburkan
melekat kembali menempiaskan akibatnya pada diri kamu

namun, terima kasih insan yang punyai rasa untuk ditimbang
memahami situasi kami
mencari sesuatu untuk berdamai
memberi hak kami
ketahuilah kami amat menghargainya

dan tidak juga kami lupa
kepada sahabat susah senang
suka duka , JIM1102A
penantian kalian amat bermakna
tak terhingga terima kasih dari kami
kalian lah yang menguatkan lagi semangat ini
untuk meneruskan liku liku duri
dalam arena ini

akhir kalam
sekadar berkongsi pengalaman
slah dan silap
mnguris hati dan perasaan sesetengah pihak
ampun dan maaf kami hulurkan

diselitkan juga SALAM AIDILFITRI

dari kami MEKDOTA :)                               
                                    
                                                            shazwanamalek

Friday 12 August 2011

12082011

Salam semua yang hot dan meletop.


Hari ni hari Jumaat. Today is Friday. Hari penghulu segala hari. Hari ni hari special. Special kenapa? Entah entah taktau lah. Hehe. Hari ni hari ada budak nangis. Eeeii tak malu dah 
besar-besar duk teriak lagi. Awat hang teriakkk? Cheq pelik. Kami semua pelik. Kami tak buat apa-apa pun. Tak buli pun. Apatah lagi nak pukul. Ish tu bukan kami. Alolo nak manjewwww lettewww. Gedik lah kau noksssss!!


Oppss sorry kepada mangsa keadaan yang tak disengajakan. Sorry ye awak. Kami saja je buat cenggini. Konon surprise le. Tapi tak surprise pun kan. Kantoiiii. 


Okay dah melalut macam apa je kan.Sebenarnya,hari ni dalam kelas ada dua orang manusia yang telah lahir pada harini tapi berlainan tahun dan masanya.


Mangsa hari jadi ini adalah Sanarus dan Along. Wahh dah tua kamu semua. Yeay! Selamat hari lahir ya! Walaupun kami semua sambut 30 minit awal ea. Maaf maaf maaf. 



2 orang mangsa keadaan kena potong kek. Kesian.


Kek yang lazat buatan kami kedai la.


terharu letteww teriak bebagai.Macam dapat Anugerah Bintang Popular pulak. 



Muka Along cun melecun kalah retisssss.

Apa apa pun Selamat Hari Jadi ea. Moga ditambahkan rezeki dan panjang umur. Apalagi cepat lah kahwin. Tak sabar nak makan nasi kaler-kaler. Hehe.
Muahmuah dari kamimekdota.

Tuesday 9 August 2011

Ni sengal-ing.

Salam the hotsetap and minahsetapp.


Ni sekadar gurauan selingan di tengah hari yang panas-panas gitu auww auwww.






SEBELUM COUPLE :Message ringkas al-kisah pasangan bercouple..




L: ye! abg dah lame tnggu saat nie!
P: abg nk tngglkn syg ke?
L: mestilah tak? tolong jgn fkir mcm tu. xmngkin trjadi!
P: abg cntakan sayangkan?
L: ye,tiap hari.
P: abg prnh tipu syg tak?
L: Tak! nape syg selalu tnye cm2?
P: abg akn selalu kluar dengan syg tak?
L: setiap kali ada peluang abg tak kan lepaskan.
P: abg akn pkul syg?
L: giler ke?abg bukan lelaki camtu!
P: bleh ke syg percayakn abg?
L: yaa!
P: syg!

SELEPAS COUPLE:
baca dari bawah hingga atas..








Okay bye darl!!


MiMas in action right now. Huahuahua.

Saturday 6 August 2011

Puasa,puasa,puasalah.

Salam Ramadhan.


Alhamdullilah dah nak dekat seminggu kita berpuasakan kawan-kawan.


Kalau bulan puasa macam-macam alasan yang kita dengar kalau taknak berpuasa kan?
Haih,apa nak jadi ni. Dah besar panjang tapi tak reti-reti nak menunaikan tanggungjawab dalam rukun Islam yang ketiga. 


Bukan apa,MiMas macam  kurang suka melihat golongan-golongan yang tak berpuasa tanpa bersebab. Kalau tak sihat atau tak berupaya tak pun tiada harapan yang sembuh takpelah. Ni tak dah akil baligh pun tak nak puasa. Apa nak jadi ni? Malulah sikit,budak yang umurnya 4 tahun pun dah excited sangat nak berpuasa. Kalau tak rasa malu dekat mereka,malulah pada Allah . MiMas bukan  nak judge dekat sesiapa,MiMas pun tak sempurna juga,tapi MiMas sedaya upaya untuk menyempurnakan diri MiMas untuk mendekatkan diri pada Allah. Amin. 


Teringat time sekolah dulu-dulu,ada beberapa kawan MiMas suka sangat tak berpuasa. Entah kenapa,MiMas pun tak faham dengan dorang tu. Bila MiMas tanya alasan dorang lupa nak niat lah, tak sahur lah pagi tadi,periodlah  ah macam-macam. Tapi taklah tiap-tiap hari. Peliks!Pastu suruh budak bukan Islam beli makanan. Kadang-kadang tu,selamba dek pi kantin makan kat sana. Ya Allah. Kalau MiMas malu tau, tak malu ke dekat abang-abang yang meniaga kat situ ? Tak pun malulah dengan orang yang lalu lalang dekat kantin. Malulah pada diri sendiri . Ish.


Kepada kawan-kawan diluar sana,bulan puasa ni la mengajar kita macam-macam. Macam-macam kita boleh dapat . Pahala pun dapat,berat badan pun turun jugak. Dapat melatih diri kita supaya lebih bersabar,menahan marah dan melawan nafsu. Ni kalau MiMas senaraikan lagi tak terkira banyaknya kalau kita berpuasa.


Haa,lupa nak cakap MiMas tersangatlah salute dekat lecture BEL 260 yang pernah berpuasa walaupun beliau bukan Islam. Cayalah! Hebatkan? 


Okay tu je.


Esok puasa tau . Hihi.
~lagu raya mula kedengaran tak sabar nak balik. ^.^v






MiMas.

Friday 5 August 2011

Rindu

Assalamualaikum,

Rindu adalah kita teringat seseorang yang kita sayang ataupun seseorang kita rapat yang sudah lama kita tidak  bertemu atau berhubung..Rindu juga dalam diam kita rindu kepada orang itu tanpa orang lain tahu..Malah juga memberi kita rasa tidak tentu arah..Tetapi itu terlampau rindu sangat..hehe..
Tetapi kekadang kita tidak percaya kalau orang itu rindu dekat kita..Sekurang2nya ada juga orang rindu dekat kita daripada tidak ada..Betul x?    

Kalau korang gaduh dekat seseorang tidak kira kekasih atau sahabat, satu hari itu tiba2 korang rasa sesuatu tidak seperti dulu..Itu bermaksud korang rindu dekat dia..Kalau macam itu jangan simpan rindu itu lama2..Takut satu hari nanti orang itu tidak ada di muka bumi lagi..Kita tidak harapkan macam itu..Itu semua terletak ditangan Allah SWT..Tetapi sambil korang sampaikan rindu itu, bermaaf maafan antara satu sama lain..Kalau korang jenis yang nak orang yang kita gaduh itu tahu yang kita ini merajuk..Dalam merajuk itu korang rindu dekat dia..Harap jangan berpanjangan merajuk itu walaupun kita ini asyik menyerah kalah sahaja tetapi bagus lah macam itu sebab kita sesama manusia yang mempunyai hati yang lembut tidak kira perempuan mahupun lelaki..Jadi sampaikan rindu anda kepada sesiapa yang anda rindukan sebelum terlambat..

p/s :  Ya Allah, sampaikan rinduku padanya sehingga aku menjadi kerinduannya. ^_^-

ape terjadi jika senyum tanpa gigi.

assalamualaikum,





Tujuan saya meletak gambar2 kawan saya ini untuk menyatakan betapa senyum kami ini sungguh bermakna untuk semua orang..lagipun semua orang dah tahu senyum itu adalah indah..senyum juga memberi berkat kepada kita..kekadang kita dalam kesedihan tiba2 kita melihat ada orang yang kita kenal senyum kepada kita, hati kita dalam kesedihan itu menjadi gembira..jadi saya ingin menyampaikan kepada semua..senyum selalu..

Monday 1 August 2011

1st puasa

assalamualaikum gorjeses!

pertama puasa, telinga dah sakit *nak suruh korek la tew, saje nak batalkan puasa kite*

pagi pagi lagi dapat mesej dari mimas

mimas : nanti kita pi beli makan pukul 12 tau tau.. haha
sanarus : kita beli kat unimart la nak?
mimas : haha, unimart takde benda nak dimakan. eh nanti kita beli makanan sesama tau.
(konon konon lupa puasa hari ni) sengel!


selamat menjalani ibadah puasa semua orang! berbuka nanti biar lah berpada pada, jangan tamak sangat.
syaitan dah diikat, jangan kita pulak yang gantikan kerja syaitan nanti.. jujurlah pada diri kamu.

wassalam

the gorjes one, 
sanarus :D

selamat menyambut ramadhan almubarak

ini buat kali pertama kamimekdota berpuasa di uitm segamat.. harap kami dapat menghabiskan puasa selama 26 hari dekat uitm.. kenapa 26 hari? lagi empat hari kami berbuka dekat rumah masing-masing.. hehe..

semoga ramadhan kali ini lebih bermakna untuk kita semua..

p/s : jangan lupa solat terawih..

yang benar,
ekun @ rapukin

Thursday 28 July 2011

Hari Ini Hari Khamis

Assalamulaikum bloggers.


Sihat?


Hari ini Kamimekdota kelas banyak cancel,yang ada pun pukul 3.00 petang nanti kelas IMD 156 iaitu Access to Information. Tutorial je.
Petang nanti ada koku pulok. Haihh malasnya nak pergi. Boleh tak ponteng? Oh tak tak. Mood kena rajin! Rajin! Malas boleh pergi dari hidup kami. Syuhh Syuhhhh!! 


Assignment? Jangan cakap lah,memang tak terkira. Ni pun nak buat CTU buat kerja lain. Haih!
Huwaaaaaaa,Ramadhan menjelang tiba.Tak sabar nak berbuka bersama Kamimekdota. Nak join? Datang lah di UiTM Segamat. Untung-untung berbuka puasa dengan Hanis Zalikha ke. Hehe.




Okay lah Byee darl!!


Yang menaip,
MiMas

Yang melihat,
Nushamal 

Yang kaki gelak disebelah,
Syahas,Ekun,Sanarus

Tuesday 26 July 2011

Kempen Senyum 1 blogger by Kimiez

Assalamulaikum w.b.t




Hi how are you? Wanna laugh? Aiyoo ni bukan virus okay. Kehkeh.
Berbalik pada entry ni,Mekdota pun nak join jugak Kempen Senyum 1 blogger by Kimiez.


Saja suka-suka nak join kempen ni. 


Nak join? Boleh aje.


Mula-mula follow tuan empunya blog Kimiez.


Next 
  • Linkkan dan buat entri bertajuk "Kempen Senyum 1 blogger by Kimiez"
  • Tepekkan banner senyum 1 blogger yang ader kepala cameleon tue kat entry korang
  • Sertakan gambar korang senyum dengan tagline korang berkaitan senyum (yang kreatif taw)
  • Tag 2 orang kawan yang buat korang tersenyum .





Gambar senyum-senyum yang kitaorang rasa okay adalah :




Tagline kami : Kalau senyum kan manis. Sweet gitu tauu. Jadi senyum Sokmo lah!!

Manusia yang bertuah untuk ditag adalah : 



due date : 31 Julai 2011. Apa lagi ayuh ayuh!!

byee!!

Saturday 16 July 2011

It's holiday baby :D

Assalamulaikum w.b.t :)


Apa khabar semua? Harap berada dalam keadaan sihat sejahtera. Cewahhh. Haha.


Yeay!! Akhirnya cuti mid term menjelang tiba ea kawan-kawan .
Boleh tidur lama-lama,bangun lambat,tak pergi kelas. Opss melebih pulak kan. Hehe.


Tapi jangan lupa assignment datang mencurah-curah ,silalah buat,jangan buat lupa pulak. Naya je nanti tau. Hehe.


So cuti ini jangan nak berjimba-jimba sangat,buat kerja dulu baru berjimba tau tau. Ingat! 


Okaylah,sampai disini saja. Bye kawan-kawan.


Kalau ikut setiap entry kat blog MiMas BYE PEEPS!!
Hehe.
Tapi kat sini MiMas guna ayat baru pulok. Hee.


Bye darl!!



             yang menaip,
MiMas.


Friday 8 July 2011

Penang Mali wo

Assalamulaikum w.b.t

2nd post with picture taken by random by MiMas .

Ni dekat Penang. Kampung cheq noh. Mai mai rapat-rapat tengok naaaa.
Time ni cheq bercuti-cuti di sana. Almaklumlah rinduu kat Penang ni.
Jadi cheq pi meronda sakan lah.

Layannn.


Dekat dengan Padang Kota Lama. Roundbout jalan apa cheq tak ingat la. Sorry. 


Line Clear Nasi Kandaq. 


Entrance Line Clear. Mak kami tu. Hai mak! Hehe.


Tu je nak tunjuk. Hehe. 

Bye bye jumpa lagi di lain hari ya. 
Jangan nakal-nakal.

Kalau dah tengok cer bagi pendapat sikit. 


Follow lah belog tuan punya belog ni.
*publisiti murah siot.
Haha.



Bye bye :)

Wednesday 6 July 2011

Wordless Wednesday #1

                                       Assalamulaikum w.b.t & Happy Wednesday :)





Our classmates - JIM1102A.

We're active.
We're awesome.
Yeah Hidup Sawi!!

Lots of love ,

MiMaS :)

Friday 24 June 2011

mengarut santai (n_n')

Assalamualaikum and hye all gorgeous pretty love,

Kami mekdota selalu riang bersama
segala masalah suka dan duka dikongsi tak kira masa
kami menawan, comel, cantik, anggun dan jelita
siapa yang memandang pasti tertawan hatinya..

 *cewah.. propa je..haha


love, 
sanarus